// fikiran melayang entah sejak bila aku pon taktau... tetibe segala masaalah menerjah semacam mengunyah aku lumat lumat... disajikan pula kehendak yang rutin aku hadapkan... minggu minggu itu benar meresahkan kerana aku sudah goyang... bukan kerana ada sesiapa yang cuba muncul menyelamatkan kelemasan aku tp memang aku tak pandai mengapung... justeru aku suka mendalihkan diri... membungkam... habis aku telan apa yang sepatutnya aku kira bisa melayangkan sebentar... asyik... aku hidup dalam awangan... saat ini masih aku ingin duduk disofa berteman air oren, remote, rokok dan bergelimpangan daun daun aneh... dan beberapa teguk cukup mendamaikan... aku malas nak menjana beberapa omboh dalam kepala... kadang kadang panas... kadang kadang sejuk... beberapa jam sekali aku pejamkan mata...
// semalam satu hari tak mandi... satu mungkin kerana malas... dua mungkin kerana air menara orkid ni mogok... so nak kencing pon susah... sampai pukul 8 notisnya... tepat pukul 8 aku pon turun ke pejabat pengurusan... dengan niat nak berkata kata sinis... elok pulak dengan seluruh isi kepala aku ni keje nak menjerkah je... baru dua tiga patah perkataan terus dia pasangkan balik air... mungkin dia pon seram tgk rambut mengurai dengan bau busuk... dengan tiba tiba panjang pulak jambang... kalau kurus memang macam mat pet... tak jugak jugak mandi, jadi betul la... malas...
// entah apa yang bermain difikiran... mungkin kerana ada rasa tercabar... mungkin ada ura ura provokasi yang tak aku tahu niatnya... mungkin aku ini terlalu banyak pusingnya... aku sudah muntah dengan pergaduhan atau selisih faham yang hujungnya takda penyelesaian... bukan baru ini sahaja... dan kurus kot kalau aku muntahkan dari beberapa saat dulu... buat rasa perut ini disentap sentap... buat aku rasa banyak yang aku laku dan banyak yang aku omongkan macam kabus kene tiup dengan taufan... buatkan aku rasa apa salah omongan dan apa tidak cukup perbuatan... bagi aku, perjanjian itu termetrai dengan kata kata... dan pengotaan janji itu dengan perbuatan... itu mutlak hasilnya nampak, jelas dan tersergam... bukan niat untuk menyalahkan sesiapa tetapi menyatakan sesuatu yang aku malas nak simpan lama lama..
// dan, kenapakah kisah ini sering menjadi perhatian... bagi aku tak perlu aku jelajah jauh mencari kebenaran atau mencari jalan keluar... cukup sendiri... tak kurang juga aku dapat bau busuk busuk bangkai yang pandai berjalan cari makan... dan cukup pula aku terasa hangatnya bahangnya bila mulut mula berbicara... dan pantangnya aku begitu...
// jadi... terserah lah... aku memang kejam bahasanya... tajam perenggannya... binasa pepatahnya... tapi tanganku cukup untuk membuktikan semua... cukup dua tangan sahaja... kerana ini yang bisa berkata benar... tingkah dan tindak lantang suaranya... jadi, kejam suara tadi tak pernah terbukti... tak perlu cerita pada dunia... tak perlu simpati dunia...
// dah la... banyak keje aku nak selesaikan... dan, tak ikhlaskah sentuhan dari jemariku... bohongkah aku dengan gurauku... dayuskah aku dengan masaku... tak cukupkah kalau aku tak perlu berkata kata... kerana mungkin tak siapa tahu aku...
4 comments:
wat the happeng?
:: biasa la... aku...
cukup 2 tangan?
sya pun ada 2 tangan gak . kiri dan kanan.
- cad
:: pinjam bagi sini.. jadi 4 tangan hahahaha
Post a Comment